malam ni seronok join contest plak. kali ni join contest oleh operasi hitam plak.
kena sambung ayat ni..
Sedang aku berada di pasar untuk membeli ikan, aku ternampak penjual ikan itu menggaru-garu ketiaknya. Lalu aku .........
bertanya kepada penjual ikan tu, " pakcik, pakcik kenapa garu-garu?"
pakcik tu tak menjawab tapi bertanya pulak kepada aku," anak rasa sebab apa?"
aku tertawa kecil kerana pakcik tu bertanya dekat aku pulak lalu aku menjawab," hmm.. saya teka la eh.. sebabbb.. pakcik gatal sebab tu pakcik garu.. betul tak?"
kemudian pakcik tu dengan lantangnya bersuara, aku ingat dia nak marah aku "anak.. anak sungguh bijak.. betul la tu.. memang pakcik tengah gatal ni.."
aku tersenyum.. bukan tersenyum sebab jawapan yang aku teka tu betul tapi sebab kelakar melihat pakcik tu mengaru-garu ketiaknya seperti monyet belakang rumah jiran aku iaitu Pak Sameon yang tergaru-garu seperti itu. bukan niat aku mahu menyamakan pakcik tu dengan monyet belakang rumah jiran aku iaitu Pak Sameon. bukann.. tapi, aku cuma menyatakan apa yang aku lihat. aku tak salah kan?
selepas itu.. aku macam baru tersedar dari lamunan.. sebenarnya aku datang ke pasar ni nak beli ikan.. aku perlu balik dengan segera nanti mak aku tertunggu-tunggu pulak di rumah. cadangnya nak masak gulai ikan kembong. tapi, aku jadi geli plak melihat pakcik tu tergaru-garu lepas tu pegang pulak ikan dengan tangannya. tapi, aku takdak pilihan. hanya kedai pakcik tu yang masih penuh dengan ikan.
aku buntu.
adakah aku perlu balik dengan tangan kosong? nanti mak aku marah plak. atau.. adakah aku perlu beli jerr ikan kat pakcik tu? buntu sekali lagi. aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
yah! aku dah buat keputusan.. aku nak balik dengan tangan kosong tapi sebelum tu singgah kedai Baharom Citarasa Kampung untuk membeli gulai ikan kembong. hehe
lalu aku pulang dengan hati yang girang membawa lauk gulai ikan kembong dan aku menceritakan kesemuanya apa yang terjadi di pasar kepada emakku. nasib emakku memahami. nasib jugak aku bawak balik lauk gulai ikan kembong tu.. lalu gulai ikan kembong tu kami makan beramai-ramai.. aku dan keluargaku.
tamat sudah cerita ni. fuhh! panjang jugak.. kalau bab2 merapu memang panjang. hehe
jom join meriahkan 1st GA operasi hitam ni!
1 comment:
thanks sbb sudi join.. :D
Post a Comment